SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat

PETI SURAT 235, 89058, Kudat, 89058
SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat is one of the popular Public & Government Service located in PETI SURAT 235, 89058 ,Kudat listed under Private School in Kudat , Elementary School in Kudat , Public & Government Service in Kudat ,

Contact Details & Working Hours

More about SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat

Sekolah Kebangsaan Pekan Kudat ditubuhkan pada tahun 1935. Penubuhan sekolah ini adalah hasil usaha Datuk Haji Ghani Bin Ibrahim seorang tokoh yang tidak asing lagi di daerah Kudat ketika itu. Kedudukannya adalah berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan St. James Kudat sekarang. Pada peringkat awal ianya hanya sebuah sekolah bertaraf persendirian sahaja. Corak Pendidikan yang disampaikan hanya belajar menulis dan menghafal jawi sahaja. Para Pendidik yang mengajar adalah dari kalangan mereka yang mendapat pendidikan awal agama sahaja. Sementara elaun mengajar adalah disumbangkan oleh penduduk kampung tanpa bantuan kerajaan.

Setahun selepas penubuhannya sekolah ini diambil alih oleh kerajaan British Crown Colony (BCC) dan diberikan nama Government Vernacular School (GVS). Peringkat permulaan pelaksanaan pendidikannya hanya seramai tujuh orang murid sahaja yang didaftarkan sebagai kumpulan pertama. Penjajahan Jepun ke atas negara-negara di Asia Tenggara sekaligus melibatkan Pulau Borneo pada tahun(1942 - 1945). Keadaan ini menyebabkan perubahan kepada sistem pendidikan, sekolah ini juga turut berubah dan ianya dikenali sebagai Kokumen Gakko.

Selepas perang dunia kedua Kerajaan British sekali lagi berpeluang memerintah Borneo. Sekolah ini sekali lagi bertukar nama dan dikenali sebagai Government Primary School. Ketika itu kedudukannya berhampiran pantai (kawasan perumahan kerajaan negeri sekarang ini). Bangunan sekolah dibina daripada kayu beratap dan berdinding kajang daripada daun nipah. Bilangan pelajar seramai 48 orang dari darjah satu hingga darjah enam. Pada tahun 1950 sekolah ini dipindahkan ke atas bukit iaitu dikedudukan Sekolah Agama Islam Kudat sekarang. Enam tahun kemudian iaitu pada tahun 1956 sekolah ini dipindahkan ke kawasan yang berhampiran dengan padang bandaran daerah Kudat. Secara kebetulan perpindahan ini merupakan bermulanya pengajian sehingga darjah enam.

Sempena kemerdekaan Negeri Sabah menerusi Malaysia pada 16 September 1963, sekolah ini juga mengalami perubahan nama dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kudat. Pada tahun 1981, kepesatan dunia pendidikan menyebabkan penyelarasan dilakukan kepada sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan kepada Sekolah Kebangsaan dan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Kudat.

Sejajar dengan perubahan nama tersebut, sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari pusat bandar. Kedudukannya agak strategik kerana berhampiran dengan Pejabat Jabatan Kerja Raya Kudat. Bangunan baru ini dilengkapi dengan 8 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, tandas murid dan bilik guru. Pada tahun 1985, sebuah bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat.

Bangunan tambahan ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah bilik makmal, sebuah bilik muzik dan pusat sumber. Kepesatan pembangunan negara secara menyeluruh, kepadatan penduduk dan kedudukannya yang strategik, memberikan kesan kepada perkembangan pendidikan menyeluruh sekolah ini. Keadaan ini menyebabkan sekolah dinaikkan taraf menjadi sekolah Gred A yang terbesar di bahagian Pantai Barat Utara Sabah.

Pada masa kini sekolah ini telah mengalami perubahan yang amat membanggakan samada dari segi fizikal, persekitarannya yang cantik dan indah, sistem pengurusan dan pentadbiran yang teratur, kenaikan peratus UPSR setiap tahun, perubahan minda positif ibubapa dan masyarakat, kesemuanya telah menjadikan sekolah ini sebagai intitusi pendidikan yang cemerlang dan mampu berdaya saing dengan sekolah-sekolah lain di seluruh negara.

Semenjak sekolah ini dipimpin oleh En. Datu Akdan Bin Datu Basran iaitu pada 6 Januari 1997, sekolah ini telah mengalami banyak perubahan samada dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah, sumber manusia, mutu pendidikan dan sebagainya. Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah ini sehingga ke peringkat kebangsaan sebagai sebuah sekolah yang berpotensi dalam 3K (Kebersihan, Kecantikan dan Keselamatan).

Pada tahun 1999, sekolah ini telah bertukar nama daripada SK. Pekan Kudat kepada SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat. Pertukaran ini adalah hasil idea dari En. Datu Akdan Bin Datu Basran (Guru Besar) dan kerjasama daripada Persatuan Ibubapa dan Guru. Pertukaran nama ini bagi menghargai jasa dan memperingati tokoh kemerdekaan Negeri Sabah, iaitu Allahyarham Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun yang juga bekas pelajar di sekolah ini.

Map of SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat