Pekan Telupid

jalan telupid sandakan, Telupid, 89320
Pekan Telupid Pekan Telupid is one of the popular Public & Government Service located in jalan telupid sandakan ,Telupid listed under Meeting Room in Telupid , Business Center in Telupid , Public & Government Service in Telupid ,

Contact Details & Working Hours

More about Pekan Telupid

TELUPID merupakan daerah termuda di Negeri Sabah yang telah dinaik taraf menjadi Daerah Penuh pada 1 Januari 2014.

POSKOD 89320

KEDUDUKAN DAN GEOGRAFI

Pekan ini berada di pertengahan lebuh raya di antara pekan Ranau dengan bandar Sandakan iaitu dianggarkan 98 km dari pekan Ranau, 100 km dari pekan Beluran, dan 130 km dari bandar Sandakan. Pekan ini telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu kerana lebuh raya di antara pekan Ranau dengan bandar Sandakan mesti melalui pekan ini. Pekan ini juga menjadi tumpuan persinggahan kepada bas-bas ekspres serta pemandu kereta dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna.

GEOGRAFI

Keluasan Daerah Telupid ialah 1,935 kilometer persegi atau bersamaan dengan 747 batu persegi. Daerah ini bersempadan dengan Daerah Ranau di sebelah Barat, Daerah Kecil Paitan di Utara dan Timur Laut, Daerah Beluran dan Daerah Kinabatangan di sebelah Timur dan Daerah Tongod di Selatan.

SEJARAH

Telupid mula diduduki seawal tahun 1940an dan merupakan kawasan laluan peristiwa bersejarah ‘Death March’ semasa Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945. Daerah ini diwujudkan sekitar tahun 1965 iaitu selepas kira-kira tiga tahun Negeri Sabah diisytiharkan merdeka yang seterusnya menyertai pembentukan Malaysia. Pada ketika itu Telupid hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh suku kaum Dusun. Perkembangan pembangunan daerah ini bemula apabila Kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Australia menerusi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dengan Daerah Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP) dalam tahun 1968. Pekan Telupid adalah lokasi utama pentadbiran dan pengurusan projek tersebut.

Jalinan kerjasama tersebut telah membawa pembangunan yang amat ketara dengan tumpuan di kawasan pekan. Bangunan-bangunan pejabat pentadbiran, bengkel dan rumah kediaman pegawai dan kakitangan telah dibina dengan begitu rapi yang mana sekaligus mengubah landskap pekan tersebut daripada sebuah perkampungan tradisional kepada sebuah penempatan ala moden pada ketika itu. Menariknya, pekan ini pernah mempunyai sebuah lapangan terbang berhampiran lebuhraya yang boleh digunakan untuk pesawat penerbangan kecil.

Tamatnya pembinaan lebuhraya Telupid-Ranau di bawah projek MARP tersebut telah membawa satu era baru yang mana Kerajaan Negeri pada ketika itu telah mengambil alih semua bangunan dan harta benda di bawah MARP dan diletakkan di bawah penggunaan dan pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwujudkan dan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih tugas-tugas pemuliharaan dan pembaikan lebuhraya yang telah dibina.

Dalam tahun 1970an, melihat kepada kedudukan daerah ini di lokasi yang strategik iaitu laluan Timur - Barat Negeri Sabah, Kerajaan dibawah teraju kepimpinan Parti USNO pada ketika itu telah mengambil inisiatif mewujudkan Telupid kepada sebuah Daerah Kecil di bawah pentadbiran Pegawai Daerah Beluran, sebagai inisiatif membangunkan daerah tersebut. Jabatan Kerja Raya merupakan jabatan kerajaan yang terawal beroperasi di daerah ini disusuli dengan pengwujudan sebuah Pejabat Daerah Kecil dalam tahun 1977, yang berperanan dalam hal ehwal pentadbiran dan pembangunan daerah ini. Sejak itu, Telupid telah diisytiharkan sebagai sebuah Daerah Kecil dengan nama rasminya Daerah Kecil Telupid.

Pada suatu ketika dahulu, di sepanjang Sungai Telupid terdapat sejenis pokok yang tumbuh dengan banyaknya yang dipanggil Tapid-Apid dalam bahasa penduduk tempatan dari suku kaum Dusun di Telupid pada ketika itu. Pokok tersebut digunakan oleh penduduk tempatan untuk keperluan harian mereka samada untuk tujuan aktiviti pertanian mahupun nelayan. Memandangkan pokok tersebut begitu dominan dalam kehidupan mereka; mudah diperolehi dan memudahkan aktiviti kehidupan harian mereka maka penduduk Daerah Telupid telah menamakan daerah ini mengambil sempena nama pokok tersebut dengan nama TELUPID.

EKONOMI

Pekan ini juga tidak ketinggalan dari segi ekonominya. Kebanyakan penduduk-penduduk sekitar Telupid menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, ubi, buah-buahan, dan juga menternak binatang serta ikan air tawar. Kebanyakan hasil-hasil ini digunakan untuk kegunaan harian ataupun dipasarkan di pekan Telupid semasa Pasar Tamu Sabtu dan Ahad ataupun pada hari kebiasaannya.


Rumah Kedai Pekan Telupid
Sebahagian penduduk kampung di Telupid juga menjalankan penanaman sawit untuk dijual kepada pengilang kelapa sawit. Sehubungan dengan itu, penanaman pokok getah juga terdapat di Telupid, bagaimanapun jumlahnya tidak begitu besar berbanding dengan yang ditanam oleh para penduduk kampung. Terdapat juga beberapa deretan kedai yang menjual barangan runcit, restoran, klinik, dan juga beberapa jenis kedai lain. Pejabat pos mini juga terdapat di pekan ini.

PENTADBIRAN

Pekan Telupid mempunyai beberapa jabatan-jabatan kerajaan seperti :-

Pejabat Daerah Telupid
Jabatan Air Sabah
Belia dan Sukan Sabah, Telupid.
Jabatan Perikanan Telupid.
Jabatan Kerja Raya
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Jabatan Pelajaran Telupid
Jabatan Perhutanan Sabah [1]
Institut Perhutanan Sabah, Telupid.
Balai Polis Telupid
Jabatan Haiwan dan Ternak Sabah
Jabatan Pertanian Sabah
Klinik Kesihatan Telupid
Jabatan Pendaftaran Sabah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah

Map of Pekan Telupid