Masjid Darul Aman

1 Jalan Eunos, Singapore, 419493
Masjid Darul Aman Masjid Darul Aman is one of the popular Mosque located in 1 Jalan Eunos ,Singapore listed under Religious Center in Singapore , Mosque in Singapore , Nonprofit Organization in Singapore ,

Contact Details & Working Hours

More about Masjid Darul Aman

MASJID DARUL AMAN

Masjid Darul Aman yang menjadi salah sebuah bangunan mercu tanda di kawasan Geylang telah dibangunkan dari tahun 1984 hingga 1986 sebagai ganti kepada beberapa buah masjid termasuk Masjid Aminah. Masjid-masjid berkenaan telah dirobohkan lantaran memberi laluan kepada pembangunan di kawasan Kampung Ubi dan Geylang Serai. Masjid Darul Aman telah diperluaskan dan bangunannya dipertingkatkan pada tahun 2005 dengan pembiayaan sebanyak 3 juta dolar, setelah berkhidmat dan memberi faedah kepada masyarakat selama 18 tahun. Masjid yang telah dipertingkatkan sekarang mempunyai:

• Ruang salat yang lebih luas sehingga boleh menampung 4,000 jemaah (sebelumnya ia hanya boleh menampung 3,000 jemaah sahaja);
• 8 buah bilik darjah yang mempunyai pelbagai alat pembelajaran moden serta boleh berfungsi sebagai bilik serba guna (sebelumnya ia hanya mempunyai 2 buah bilik darjah sahaja);
• kawasan persekitaran yang selesa dan sistem audio yang lebih berkesan untuk memangkinkan lagi salat berjemaah; dan
• Sistem lampu dan alat pandang dengar yang canggih membolehkan penceramah-penceramah menyampaikan ceramah-ceramah mereka dengan lebih berkesan.

Walaupun telah menjalani peningkatan, konsep reka bentuk bangunan Melayu tradisional tetap dikekalkan khususnya pada bumbung dan bentuk bangunan utamanya. Kuda-kuda pada bumbung bangunan utama tetap kelihatan dari dalam bangunan seperti keadaan di dalam rumah-rumah orang Melayu pada zaman dahulu. Dewan salat berada di bangunan utama sementara dua buah bangunan kecil di kiri dan kanan bangunan utama dihubungkan melalui kawasan cantuman yang selesa. Konsep begini membolehkan pengedaran angin yang baik di dalam bangunan utama lantas menyebabkan suhu dan keadaan di dalam dewan salat menjadi lebih nyaman.

Simbol yang melambangkan masjid dan keislaman. Ejaan ‘Darul Aman’ dalam tulisan Jawi mengandungi lima garisan tegak yang dapat diertikan rukun Islam yang lima dan juga salat fardhu lima kali sehari. Tiang-tiang yang lima tersusun dengan begitu rupa menjadikan bentuk sebuah kubah yang dapat melambangkan sebagai sebuah masjid tempat orang-orang Islam beribadat. Sementara huruf-huruf ‘MIM’dan ‘RA’ yang bersilang membawa pengertian khusyuk semasa melaksanakan ibadat. Selain membawa maksud tertentu, ia juga dibentuk berdasarkan seni khat Islam.

Map of Masjid Darul Aman