BKB Hiking Squad

Tamparuli, 89257
BKB Hiking Squad BKB Hiking Squad is one of the popular Sports Club located in ,Tamparuli listed under Sports Club in Tamparuli ,

Contact Details & Working Hours

More about BKB Hiking Squad

Bukit Ke Bukit Hiking Squad

Ditubuhkan pada tahun 2012 (tarikh sebenar tidak di ketahui) dan berasal dari daerah Tamparuli..Nama asal kumpulan pendaki ini ialah “BP Hikers” singkatan kepada “Bukit Perahu Hikers” Segolongan anak muda menggelarkan kumpulan mereka sempena nama sebuah bukit yang tersergam indah berhampiran Pekan Tamparuli itu sendiri yg menjadikan Bukit tersebut tempat rekreasi umum bagi mereka setiap hari tidak kira siang & malam hujan serta panas.

Saga pendakian diteruskan sehinggalah ke bulan Januari 2016.Aktiviti “Hiking” mula mendapat tempat di hati masyarakat setempat semua lapisan umur.Atas persetujuan ahli,mereka mengambil keputusan melangkah maju setapak kehadapan . Nama BP Hikers bertukar ke BKBHS – Bukit Ke Bukit Hiking Squad . Berbekalkan pengalaman beberapa ahli yang mahir dalam ilmu hutan,navigasi peta,merantis laluan pendakian,ilmu perubatan, dan pemandu arah sudah cukup buat mereka membina satu Kelab Penakluk Tanah Tinggi di tanah Borneo ini.Sasaran utama mereka menawan puncak-puncak Bukit & Gunung di Sabah yang belum di terokai sepenuhnya kerana,rata-rata “Hikers” di Sabah ini masih bergelumang dengan rasa tidak mahu ke tempat lain yang tidak popular,oleh kerana mereka menyangka bila satu tempat itu tidak popular maka tempat itu tidak menarik.

Selain itu,kelab ini di tubuhkan dan di berikan nafas baru dengan menggunakan Motto“Every Bukit We Go,People Wanna Go”! kerana tujuan utama kelab ini membekalkan maklumat,berkongsi gambar2 panorama di setiap pendakian,Info Pendakian/Kesihatan/Event & mempromosikan Bukit,Gunung,& Kawasan Reakrasi khususnya di Sabah.Kata seorang otai “Bang,jadi Hikers jangan jadi bodoh sombong..Dunia ni bukan milik engkau sorang” Ya,ini lah natijah utama kebanyakan Hikers di luar sana..Semua pun mampu melakukan pendakian,tapi berapa ramai yang mampu kongsikan cerita bermanfaat dan memberi inspirasi selain membantu menaikkan taraf eko pelancongan di Sabah .

Visi
Ke arah sebuah kelab yang membawa generasi dari semua peringkat umur untuk melakukan aktiviti mengembara dan Berekreasi sebagai agenda utama cara hidup yang aktif, sihat dan cergas seterusnya dapat mendidik masyarakat belia bertanggungjawab memelihara keindahan ekologi alam semulajadi untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Misi
Menyediakan Program Mengembara dan Berekreasi yang mencabar minda dan kecergasan diri supaya dapat memberi pendedahan aktiviti “ outdoor ” yang terbaik ke arah pembinaan modal insan yg cemerlang dalam pelbagai segi, khususnya bagi:-
* Meningkatkan kesedaran generasi tentang pemeliharaan khazanah alam semulajadi; dan
* Membina generasi muda yang berdisiplin dan berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan


Objektif
* Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk aktiviti rekreasi “outdoor” kepada ahli-ahli kelab khususnya dan seluruh warga BKB amnya.
* Menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi dalam segala aktiviti yang dijalankan
* Memberi pendedahan kepada ahli mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat
* Menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi termasuk segala ilmu kehutanan, alam semulajadi, dan segala peralatan yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti rekreasi
* Mengembara dan berekreasi sebagai agenda utama pergerakan kelab dan memastikan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan diterapkan dalam aktiviti tersebut

#BukitKeBukitHikingSquad
#BKBHS
#RaduSeja

Map of BKB Hiking Squad